Headlines News :
Home » , , » Adun Bukit Payong Ibarat Monyet Berbulu Anjing???

Adun Bukit Payong Ibarat Monyet Berbulu Anjing???

Written By The Turtle Kick on Sunday 3 January 2016 | 3:11:00 am


Mohd Nor Hamzah aka Adun Bukit Payong ini rupanya luaran sahaja nampak ALim dihadapan penyokong PAS tetapi didalamnya penuh dengan nafsu serakah dan terkenal dengan salakkan  sehinggakan pokok yang ada di bukit turut keguguran daunnya.

Dalam artikel beliau yang terbaru telah memuat naikkan pasal pulau pasir yang dibuat kajian oleh Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS) yang menyatakan laluan air di sungai terengganu cetek dan pulau pasir juga turut menghalang laluan air tersebut.

ADMIN sempat print screen posting tersebut selepas 11 minit dinaikkan dan nyata Adun bukit Payong itu semamang MONYET Berbulu Anjing !!!

Lihat pada para yang ke 6 ada baca sebanyak 5 kali untuk mempastikan ia ditulis bekit dan adi sengajakan buat peranggang  itu untuk mudah dibaca.

Muara Sungai Terengganu paling banyak korbankan mangsa
Bismillah

Dipercayai kawasan di muara Sungai Terengganu adalah satu kawasan yang paling banyak mengorbankan mangsa. Bermula selepas tahun 2004 sehingga sekarang sudah terlalu banyak mangsa yang diketahui telah dibenamkan ke dasar muara sungai kerana kerakusan tangan-tangan pemerintah Umno-BN Terengganu.

Sehingga tulisan ini dibuat, kira-kira satu billion ringgit telah dijadikan mangsa bagi melaksanakan berbagai projek yang sia-sia. Oh lupa, maksud saya mangsa itu ialah wang rakyat Terengganu. Itu di bawah muara, di atasnya pula, suatu ketika dahulu duit rakyat Terengganu diambil atas nama tol.

Terbaharu, pulau pasir yang berada di tengah-tengah aliran Sungai Terengganu itu yang seluas kira-kira 10 hektar milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu (LTAWT) yang dibayar cukai tahunan kira-kira RM12 ribu setahun yang mana baru-baru ini telah disahkan oleh Exco Pelancongan Dato' Mohd Jidin Shafie yang pulau itu telah stabil dan yang dicadang untuk didirikan tempat pelancongan seperti taman tema air, khabarnya mungkin akan disedut pula bagi tujuan mendalamkan kembali Sungai Terengganu yang menjadi cetek kerana projek-projek yang berkait dengan Monsoon Cup dahulu.

Dato’ Seri Ahmad Razif memberikan alasan kerana banjir kerap dan cepat berlaku di kawasan-kawasan sekitar dan aliran sungai yang menjadi perlahan kerana masalah sungai cetek ini, juga telah menerima laporan daripada Jabatan Parit dan Saliran (JPS).

Tetapi kali ini tidak terlalu banyak wang yang akan dikorbankan ke dalam sungai, insyaAllah cuma kira-kira RM20 juta sahaja duit rakyat yang akan dibenamkan. Umno tambun, bila sudah stabil Umno nak korek balik, guna pula duit rakyat Terengganu. Ada sesiapa yang boleh jelaskan proses apakah ini?

Suka disini saya ingin menyatakan bahawa kos itu sebenarnya terlalu banyak dan kerajaan perlu pertimbangankan projek itu kepada  wakil-wakil rakyat Pas yang mempunyai lessen. Oleh kerana ianya projek kerajaan maka patut diberikan kepada Pas agar kami dapat menutup mulut ahli-ahli kami dengan projek ini.

Memetik kembali kata-kata mantan MB Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said, Projek Monsoon Cup adalah jelas membazir dan kerajaan pusat seolah-olah mengkhianati satu billion ringgit wang rakyat Terengganu, dengan membina kemudahan Monsoon Cup sebanyak RM500 juta dan mendalamkan Sungai Terengganu sebanyak lebih RM500 juta.

Apakah dahulu belum cukup lagi muara Sungai Terengganu menelan RM500 juta dan harus ditambah lagi RM20 juta? Kita berharap ini bukan projek cari makan. Bukan itu sahaja kata Ahmad Said, hotel Riyaz Heritrage yang sampai sekarang bermasalah, turut menjadi biawak hidup yang ditanggung menggunakan wang rakyat Terengganu. Begitulah caranya Umno merosakkan alam sekitar sekaligus wang rakyat. Firman Allah dalam surah ar-Rum ayat 41:

"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)"

Saya menyeru kepada kerajaan Umno Terengganu agar tidak menjadi seperti golongan yang disebutkan Allah dalam ayat di atas. PAS juga akan kekal menasihati dan tetap akan menentang sebarang bentuk penyelewengan dan kebrobokan tidak kira siapa dia. Dan alhamdulillah pembelian nombor plat khabarnya telah ditarik balik hasil nasihat dan desakan PAS. Wallahua’lam.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu

22 Rabiul Awwal 1437




Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template